George II dari Great Britain
George II dari Great Britain

George II dari Great Britain

George II (George Augustus; Bahasa Jerman: Georg August; 30 Oktober/9 November 1683 O.S./N.S. O.S./N.S. - 25 Oktober 1760) ialah Raja Britain dan Ireland, Duke of Brunswick-Lüneburg ( Hanover) dan seorang putera-pemilih Empayar Rom Suci dari 11 Jun 1727) sehingga kemangkatannya pada tahun 1760.Dilahirkan dan dibesarkan di utara Jerman, George ialah raja Inggeris paling terakhir setakat ini yang lahir di luar Great Britain. Akta Pewarisan1701 dan Akta Kesatuan 1707 menempatkan nenendanya, Sophia dari Hanover, dan keturunan Protestannya untuk mewarisi takhta Inggeris. Selepas kematian Sophia dan Anne, Ratu Britain, pada tahun 1714, ayahandanya, Pemilih Hanover, menjadi George I dari Great Britain. Pada tahun-tahun pertama pemerintahan ayahandanya sebagai raja, George dikaitkan dengan ahli politik pembangkang sehingga mereka bergabung semula dengan parti pemerintah pada tahun 1720.Sebagai raja dari tahun 1727, George kurang menguasai dasar domestik Britain, yang sebahagian besarnya dikendalikan oleh Parlimen Britain. Sebagai Pemilih Hanover, baginda menghabiskan dua belas musim panas di Hanover, tempat baginda mempunyai kawalan langsung terhadap dasar pemerintah. Baginda mempunyai hubungan yang sukar dengan anakanda sulungnya, Frederick, yang menyokong pembangkang di parlimen. Semasa Perang Penggantian Austria, George turut serta dalam Pertempuran Dettingen pada tahun 1743, dan dengan itu menjadi raja Inggeris terakhir yang memimpin tentera dalam pertempuran. Pada tahun 1745, penyokong Katolik yang menuntut takhta Britain, James Francis Edward Stuart ("Si Pengaku Tua"), yang dipimpin oleh putera James iaitu Charles Edward Stuart ("Si Pengaku Muda" atau "Bonnie Prince Charlie"), berusaha dan gagal untuk menjatuhkan George pada akhir pemberontakan Jacobite. Frederick meninggal secara tiba-tiba pada tahun 1751, sembilan tahun sebelum ayahandanya, sehingga George II akhirnya digantikan oleh cucunya, George III.Selama dua abad setelah kemangkatan George II, sejarah cenderung melihatnya dengan jijik, menumpukan perhatian kepada perempuan simpanannya, baran, dan sombong. Sejak itu, penilaian semula warisannya telah menyebabkan para sarjana menyimpulkan bahawa baginda lebih banyak mempengaruhi dasar luar negeri dan lantikan ketenteraan daripada yang difikirkan sebelumnya.

George II dari Great Britain

Pemerintahan 11/22O.S./N.S. Jun 1727 –
25 Oktober 1760
Ayahanda George I dari Great Britain
Pemakaman 11 November 1760
Westminster Abbey, London
Tandatangan
Pasangan Caroline dari Ansbach (k. 1705; m. 1737)
Bonda Sophia Dorothea dari Celle
Agama Protestan
Kerabat Hanover
Nama penuh
Nama penuh
George Augustus
Jerman: Georg August
Pertabalan 11/22O.S./N.S. Oktober 1727
AnakandaButiran
Kemangkatan 25 Oktober 1760(1760-10-25) (umur 76)
Istana Kensington, London
Didahului oleh George I
Keputeraan 30 Oktober / 9 November 1683O.S./N.S.
Istana Herrenhausen,[1] atau Istana Leine,[2] Hanover
Diikuti oleh George III

Rujukan

WikiPedia: George II dari Great Britain http://data.rero.ch/02-A022787147 http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://uli.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=NL... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p070497427 http://id.worldcat.org/fast/110565/ http://mak.bn.org.pl/cgi-bin/KHW/makwww.exe?BM=1&N... https://cantic.bnc.cat/registre/981058614672206706 https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://www.deutsche-biographie.de/pnd118538543.ht... https://www.getty.edu/vow/ULANFullDisplay?find=&ro...